Translator

Friday, March 03, 2017

Xplore Lombok: Dari Pantai Ke Tanah Tinggi

TARIKH : 26 Disember 2016
DAY 4    : Misi Jelajah Lombok Timur
LALUAN : Ekas – Pantai Sungkun - Sekaroh – Tanjung Ringgit – Jerowaru – Sembalun
JARAK   : ± 150 km
KOORDINATE:

Pantai Pink

Semalam aku bertanyakan kepada petugas mengenai pantai Kura-Kura/pantai Sungkun dan pantai Surga, mereka tidak mengesyorkan kami ke sana kerana jalan sukar dan licin lantaran hujan sebelumnya. Pagi ini seawal jam 6.30 pagi, kami nekad menuju ke sana dengan alasan pengalaman di TWA Gunung Tunak yang jalannya teruk dapat kami lalui. Ternyata jalan tidaklah terlalu buruk seperti digambarkan walaupun jalan ini sedikit becak. Cuma disatu lokasi bukit jalannya berselut dan licin, aku mendorong motosikal mendaki bukit dan sempat menyapa seorang petani yang kebetulan lalu disini. Beliau memaklumkan bahawa hanya disini sahaja laluan yang rosak jika hendak ke pantai kura-kura, tetapi tidak mencadangkan kami ke pantai Surga kerana jalannya buruk sebegini akibat hujan petang semalam.

20161226_072906

Selepas bertanyakan penduduk tempatan akhirnya kami pun sampai ke pantai Sungkun (S8.92047° E116.44553°). Pantai ini terletak di daerah Pemongkong, Kecamatan Jerowaru, Kabupaten Lombok Timur (± 7km dari Ekas Break). Dikenali juga sebagai pantai kura-kura kerana ada sebuah batu karang besar/pulau yang seakan-akan kura-kura(penyu). Berdekatan pantai ada kawasan lapang yang ditumbuhi dengan pokok pandan laut dan beberapa pondok tempat parkir motosikal. Walaupun pantai ini kurang popular seperti pantai lain, namun keindahan alam dengan adunan warna hijau dari padang rumput, hamparan pasir putih yang luas dan air laut yang biru ditambah deburan ombak membuat ia tidak kalah dengan pantai lainnya.

20161226_074336

Dihujung sana kelihatan tebing tinggi bagaikan ‘canyon’ dan sudah pasti kami merapati lokasi ini untuk bergambar. Kemudian kami pulang ke hotel dan checkout tetapi memohon untuk tinggalkan bag di kaunter kerana kami ingin menuju ke bahagian timur lagi iaitu ke Tanjung Ringgit sejauh ±25km. Tanjung Ringgit (S8.86326° E116.59064°) terletak di Desa Pemongkong, Kecamatan Jerowaru merupakan kawasan paling hujung selatan wilayah Lombok Timur.

PC260597

Lokasi ini jarang di kunjungi pelancong kerana jalan ke sana agak rosak dan buruk. Kini setelah beberapa promosi dilakukan sudah ada perubahan dimana setiap hujung minggu ramai pelancong tempatan akan ke sini.

Bentuk muka bumi dengan tebing tinggi menjadikan Tanjung Ringgit sangat sesuai sebagai kubu pertahanan dan perlindungan bagi tentera. Terdapat banyak gua dan rantaiannya sekitar daerah ini. Kedudukan Tanjung Ringgit yang menghadap Lautan Hindi menjadikan ia lokasi yang strategik sebab itu terdapat sebuah meriam tinggalan tentera Jepun sekitar Perang Dunia Kedua (1942) sepanjang 5 meter yang diarahkan ke laut.

PC260599

Perghh .. memang cantik panorama disini.. bagaikan lukisan hidup. Berbaloi ke sini walau terpaksa melalui jalan yang rosak.

Kemudian kami ke Pantai Tangsi (S8.86006° E116.58042°) yang terletak ±1.5 km dari Tanjung Ringgit. Dari laluan utama perlu melalui jalan simen ±250 meter sebelum sampai ke Pantai ini. Ia dikenali juga sebagai pantai pink kerana keunikan pantainya yang berwarna pink. Pantai ini merupakan salah satu dari tujuh pantai di dunia yang memiliki pasir pantai berwarna pink, dan satu dari dua pantai di Indonesia yang memiliki pasir pantai berwarna pink.

20161226_105011

PC260607

Warna pink pada pasirnya terbentuk apabila pasir bercampur dengan serpihan karang merah muda. Warnanya semakin jelas apabila pasir dibasahi dengan air laut dan disinari matahari. Keindahan Pantai Pink menjadi sempurna dengan keindahan bukit yang menghijau di sekelilingnya, pulau-pulau berhampiran, tanjung dan tebing. Kedudukannya di teluk menjadikan lautnya tenang dan sesuai untuk mandi dan snorkling.

PC260624

Lebihkurang jam 11.30 pagi kami bertolak balik ke Ekas, sebelum sampai ke Ekas Break (± 7km lagi), aku ternampak papan tanda makam sejauh 500 meter sahaja dari jalan utama, lalu aku pun menuruti laluan tersebut, laaaa… bukan 500 meter tapi lebih 1 km masuk hingga  nampak seperti ada ramai orang di atas sebuah bukit. Teruskan perjalanan hingga ke atas bukit parkir motor dan bertanyakan kepada seorang peniaga wanita disinikah makam TGH Sibawaihi? (S8.85197° E116.46138°) 

PC260618-horz

TGH Sibawaihi adalah seorang ulama yang terkenal di Lombok. Seorang yang sangat disegani dan istiqomah dalam berdakwah. Mempunyai pondok pesantren Darul Aitam Wal Masaqin, Jerowaru, Lombok Timur. Beliau juga  mengajar dibanyak tempat bahkan hingga luar pulau Lombok. Pesantrennya terhasil dari sumbangan para jemaah dan dibina secara gotong royong. Beliau dikatakan tidak mahu menerima bantuan dari Kerajaan untuk pembangunan pesantrennya kerana mempunyai alasan tersendiri. Beliau meninggal dunia pada 24/11/2015 ketika berusia 68 tahun. Semasa pengkebumiannya ribuan mengunjungi makamnya, menunjukkan betapa besarnya pengaruh beliau dalam menyumbangkan ilmu di Lombok.

PC260625

permulaan mendaki - Jalan ke Sembalun : padi teres

Kemudian kami balik ke Ekas Break, ambil bag dan sempat bersembang dengan Pengurus Ekas Break. Beliau menasihati kami berhati-hati di Sembalun kerana ia adalah kawasan tanah tinggi dan agak sunyi. Jam 1.30 petang kami bertolak menghala ke utara menuju kawasan berbukit iaitu ke Sembalun.

20161226_163130

Sembalun terletak di kabupaten Lombok Timur, yang berada dalam kawasan Taman Nasional Gunung Rinjani. Di ketinggian 1.156 meter dari permukaan laut semestinya membuat udaranya dingin dan segar. Ketinggian ini juga membuat ada beberapa tempat motosikalku sukar untuk mendaki. Semasa berhenti di Pusuk Sembalun motosikalku terjatuh sendiri mengakibatkan lever brek patah. Keadaan ini membuat aku runsing kerana jarak ke pekan Sembalun ±18km lagi. Kabus mula menyelubungi kawasan ini dan cuaca semakin gelap walau baru jam 5.00 petang. Laluan menurun ini membuat aku banyak menggunakan brek yang menyebabkan brek ku tidak berfungsi kerana panas. Aku terpaksa berhenti beberapa kali bagi menyejukan ia. Sambil berdoa aku berharap dapat meneruskan perjalanan. Alhamdulillah kami selamat sampai ke pekan Sembalun dan terus mencari penginapan dan ‘ditemukan’ dengan Homestay Rinjani Famili (S8.36235° E116.52493°).

20161226_182936

Sewa sebanyak id350.000 dengan bilik yang luas lagi selesa. Homestay ini memenangi “Guest Review Awards 2016” dari Booking.com. Ia dimiliki oleh Pak Ar Man Sih seorang yang ramah dan mesra. Beliau juga menawarkan perkhidmatan membawa pelancong ke Gunung Rinjani, Bukit Anak Dara, Bukit Pergasingan dan lain-lain bukit sekitar sembalun. Malamnya kami makan malam di restauran disini dan seterusnya tidur dalam suasana dingin tanah tinggi Sembalun’'.


20161226_070415

Pantai Sungkun – Kelihatan tebing seperti muka beruk (kanan)

PC260582

Deburan ombak memukul pantai @ Pantai Kura-kura (nama diambil kerana pulau dibelakangku bak kura2)

20161226_072744

Gabungan biru+hitam+putih+hijau melengkapkan indahnya panorama

20161226_103303

Tanjung Ringgit – Deburan ombak memukul tebing tinggi

PC260602

Tanjung Ringgit: – Kelihatan menara setinggi 20 meter

PC260604

Bertuah berada di Pantai Tangsi yang juga dikenali Pantai Pink .. Hanya ada 7 pantai pink di DUNIA ooooo…

20161226_105944

Pantai Pink dikelilingi oleh tebing menjadikan lautnya tenang

PC260613

Tebing Tinggi di Pantai Pink/Tangsi ..kelihatan pulau tiga disana

Bersambung ……


Pautan Kembara Berkaitan
1. Xplore Lombok - Day 1 : Pendahuluan
2. Xplore Lombok - Day 2 : Jelajah Pantai & Tanjung
3. Xplore Lombok - Day 3 : Pantai & Tanjung @ Lombok Timur
4. Xplore Lombok - Day 4 : Dari Pantai Ke Tanah Tinggi
5. Xplore Lombok - Day 5 : Bukit Didaki & Air Terjun Di Dekati
6. Xplore Lombok - Day 6 : Santai Dipantai, Berekreasi di Alam Semulajadi
7. Xplore Lombok - Day 7 :

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...