Tuesday, May 14, 2013

MTB Gerek Challenge 2013: Penganjuran Kecil Untuk Impak Yang Besar

Tarikh  :  11 Mei 2013
Jarak   :  XCO 2.3 km (1 Pusingan)
           :  DH   850 meter 
Lokasi : Darulaman Bike Park, Bukit Nara, Bandar Darulaman, Jitra, Kedah, Malaysia
 

Coordinate : N6° 14.527 E100° 26.978

Akhirnya setelah mengerah keringat, menarah bukit membuat laluan dan denai, bukit ini mendapat perhatian pihak Majlis Sukan Negeri(MSN) Kedah & Persatuan Lumba Basikal Negeri Kedah. Setelah beberapa kali bermesyuarat, maka satu kejohanan ‘pemanas badan’ berjaya dianjurkan. Kejohanan yang mengabungkan acara XCO dan Downhill yang dikenali sebagai Kejohanan ‘MTB Gerek Challenge 2013’. Ia berjaya dilaksanakan hasil dari kerjasama beberapa team sekitar Jitra dan Alor Setar seperti GK2, KeDh, JcyC, Redflag, Gerek Baru, Cleats, Airod dan individu.
Dengan masa yang agak suntuk kami berjaya menyediakan trek yang bersesuaian dengan sedikit sentuhan pada trek XC. Walaupun jumlah penyertaan yang kecil tetapi impak kepada trek ini amat besar. Insyaallah beberapa kejohanan yang bersesuaian akan dilaksanakan disini. Disamping ia akan menjadi tempat latihan kepada atlit berbasikal MSN.
Lagi Gambar di FACEBOOKku
Bukit Nara2
Bulan Feb 2013 -  Atas minat trek dibaiki untuk kegunaan sendiri
Mesyuarat perlaksanaan MTB Gerek Challenge pada 23 April 2013
Mashall pada hari kejohanan
 
Disertai oleh beberapa team Pro sekitar kawasan utara
seperti diduga Maizatul menjadi juara
WOW! Acara downhill juga disertai oleh team ASSBT yang menggunakan Hardtail
BOTAk @ Mohd. Izzani berjaya mencatat masa terpantas dalam semua kategori (1 Min 44 saat)
Bertuah sungguh! .. Semua peserta berjaya mendapat hadiah
KEPERIHATINAN : Dari rider untuk rider. SYABAS
Tabung derma yang diusahakan oleh rider Perlis untuk membantu meringankan bebanan  keluarga saudara Jamzuraimi Jamaludin yang masih terlantar di hospital akibat  kemalangan(dilanggar oleh motosikal semasa sedang berjalan)


1 comment:

  1. ωhoah this weblog is grеat i likе гeаԁing your аrtiсles.
    Stаy up thе goоd work! Yоu гecοgnize, lοts of peoрle aгe huntіng агound foг this information, you can help them greаtlу.


    Alsо vіsit mу web page ... Same Day Payday Loans

    ReplyDelete