Friday, May 03, 2013

Air Terjun Sungai Kechil: Hasrat Tercapai Misi Selesai

Tarikh  :  1 Mei 2013, Rabu – Cuti Sempena Hari Pekerja       
Rider    : 25 Orang
Jarak   :  ± 24 km 
Mula    :  Kampung Wang Perah, Changloon , Kedah Darul Aman, Malaysia 
Coordinate : N6° 22.026 E100° 28.858  

Setelah merancang bersama Din Merida dan Md. Noor maka hari ini aku bertekad untuk menyelesaikan misi lalu(KLIK) di sini . Aku menghebahkan hasratku ini ke dalam FB, tidak disangka ajakan aku berjaya menarik 25 orang rider untuk sama-sama mengayuh.

Berkumpul di Danish Bike Shop, Hosba pada jam 8.00 pagi dan memulakan kayuhan di kampung Wang Perah (N6° 23.585 E100° 31.373). Setelah taklimat dan doa, kayuhan bermula pada jam 8.30 pagi. Kayuhan santai menelusuri jalan berbatu (yang sekian lama tidak berturap) memasuki kawasan Hutan Simpanan Kekal Bukit Perangin. Kayuhan ini diiringi oleh 3 buah motosikal sebagai ‘backup’. Aku, Md. Noor dan Din Merida menjadi sweeper sepanjang perjalanan ini.

Setelah ± 6.5km mengayuh, kami mula memasuki kawasan hutan yang teduh dinaungi oleh pokok-pokok. Di sini cabaran sebenar bermula. Akar-akar pokok yang merintang jalan, batu-batu besar sentiasa di laluan yang ternyata menguji kemahiran penunggang mengawal basikal. Beberapa batang anak sungai perlu diharungi, jalan yang becak dan selut perlu di lalui. Laluan licin dan basah(hujan semalam) membuat banyak pacat keluar menanti

Akhirnya setelah hampir 5.5 km mengharung cabaran di laluan hutan ini, maka kamipun tiba ke air terjun ini pada jam 11.00 pagi . Air terjun setinggi 60 meter yang menyakitkan kepala dan badan bila menadah dibawahnya. Di sini kami merehat badan sambil membuka bekalan.

Alhamdulillah kami semua selamat tiba balik tanpa sebarang kecederaan pada jam 1.30 petang. Walaupun beberapa rider menghadapi masalah teknikal dan fizikal namun mereka tidak lemah semangat. Terima kasih pada semua rider yang sudi hadir.

Lagi gambar di FACEBOOKku(KLIK)

Sungai Kechil-vert

Kayuhan bermula pada jam 8.30 pagi. Sweeper yang memastikan semua rider selamat sampai

Menanti rakan di kawasan pembalakkan

cabaran bermula dari sini

Beberapa anak sungai perlu diranduk

Mashall yang mengiringi rider hingga selesai

Air terjun setinggi 60 meter

Din Merida pernah ke sini sekitar tahun 2008 bersama team Soo Beng

Bantuan diberi - Rantai putus

No comments:

Post a Comment